Langkau ke kandungan
Seri Intan Payung

Hubungi Kami

Jom rancang majlis anda.

Cara paling cepat: WhatsApp kami tarikh, lokasi & anggaran jumlah tetamu. Kami balas dengan cadangan menu dan sebut harga.

Seri Intan Payung

Catering & Food Stylist

Kawasan Liputan

Melaka & kawasan sekitar

Majlis di luar Melaka (Negeri Sembilan, Johor & sekitar) boleh diatur. Caj pengangkutan tambahan akan dimaklumkan dalam sebut harga.

  • Melaka Tengah
  • Ayer Keroh
  • Bukit Katil
  • Alor Gajah
  • Masjid Tanah
  • Jasin

Soalan Lazim

Sebelum anda WhatsApp.

Tak jumpa jawapan? Tanya terus, kami lebih suka soalan daripada tekaan.

Tanya kami

Tempahan

Berapa minimum pax untuk tempahan?
Minimum pax bergantung kepada pakej dan lokasi majlis. WhatsApp kami tarikh, lokasi dan anggaran jumlah tetamu, dan kami akan sahkan pilihan yang sesuai.
Berapa lama sebelum majlis perlu tempah?
Lebih awal lebih baik, terutamanya untuk hujung minggu, cuti sekolah dan musim kenduri. Untuk majlis besar, tempah seawal mungkin supaya tarikh anda terjamin.
Berapa deposit diperlukan?
Deposit diperlukan untuk mengesahkan tarikh tempahan. Jumlah deposit dan baki bayaran akan dinyatakan dengan jelas dalam sebut harga anda.

Menu

Boleh request menu sendiri?
Boleh. Pakej kami adalah titik mula. Lauk, pencuci mulut dan minuman boleh ditukar atau ditambah mengikut citarasa tetamu anda.
Ada menu vegetarian?
Pilihan tanpa daging boleh disediakan. Maklumkan jumlah tetamu vegetarian semasa perbincangan menu supaya kami boleh rancang hidangan yang sesuai.

Servis & Lokasi

Ada buffet setup?
Ada. Pakej Standard dan Premium termasuk setup buffet. Untuk pakej Basic, setup boleh ditambah mengikut keperluan.
Boleh tambah waiter / service crew?
Boleh. Service crew termasuk dalam pakej Premium, dan boleh ditambah untuk pakej lain. Beritahu kami jumlah tetamu dan format majlis.
Boleh catering luar Melaka?
Boleh diatur untuk kawasan sekitar Melaka. Caj pengangkutan tambahan akan dimaklumkan dalam sebut harga mengikut lokasi majlis.